Sirah yang menceritakan ketaatan Nabi Ibrahim yang diperintah Allah SWT untuk mengorbankan anaknya sendiri, Nabi Ismail merupakan sejarah agung serta tauladan buat semua umat Islam. Kisah ini mengajarkan kita bahawasanya hanya dengan ketaatan serta ketaqwaan yang sebenar kepada Allah SWT merupakan jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Mengikut Tafsir Al-Mukhtashar / Markaz Tafsir Riyadh, di bawah pengawasan Syaikh Dr. Shalih bin Abdullah bin Humaid (Imam Masjidil Haram), Allah SWT memerintahkan umat Islam untuk menunjukkan rasa syukur kepada Allah di atas segala nikmat yang telah dikurniakan dengan melaksanakan salat dan menyembelih (qurban) untuk Allah semata, berbeda dengan ibadah yang dilakukan oleh orang-orang musyrik berupa pendekatan diri dengan menyembelih untuk patung mereka.
IBADAH YANG SANGAT DITUNTUT SEWAKTU AIDILADHA
MAKSIMAKAN IBADAH DENGAN BERQURBAN

"Ibadah Qurban hukumnya adalah sunat muakkad (sunnah yang sangat dituntut)."
Setiap tahun tanggal 10 Dzul Hijjah , semua umat Islam yang tidak melaksanakan ibadah haji, akan merayakan hari raya Aidil Adha. Pada waktu itu, umat Islam sangat digalakkan untuk melaksanakan ibadah Qurban dimana mereka menyembelih haiwan qurban sebelum dikongsi kepada mereka yang memerlukan.
Penyembelihan daging qurban biasa dilakukan pada hari tasyrik iaitu 10, 11, 12, 13 Dzul Hijjah. Seperti semua sedia maklum, kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk tidak menghantar jemaah haji untuk kali ini akibat pendemik COVID-19. Seramai 30,200 bakal jemaah haji terpaksa menangguhkan ibadah haji ke satu tempoh yang belum pasti. Ujian yang melanda seluruh dunia pada waktu ini pastinya amat berat, namun jangan kita lupa, masih ada saudara di luar sana yang menunggu namun ibadah qurban harus tetap dijalankan mengikut.
QURBAN LEBIH AFDHAL
BERSAMA QURBAN CARE FOR UMMAH

MyFundAction telah menjadi pelaksana kepada program Qurban Care For Ummah (QC4U) semenjak 2014.
Pada tahun ini, MyFundAction menawarkan anda untuk melaksanakan ibadah qurban di beberapa negara lain selain Malaysia. Antaranya ialah benua Afrika (Mali, Chad, Ivory Coast, Cote Devoire, Malawi, Guinea Bissau, Cameroon, Benin, Republik Afrika Selatan) , Indonesia, Syria, Palestine dan juga Yaman.


BAHAGIAN QURBAN DIPERLUKAN PADA TAHUN INI


PILIH PAKEJ QC4U/1441H
BORANG PESANAN & PEMBAYARAN QURBAN
TAHNIAH ! KERANA ANDA TELAH BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENUNAIKAN IBADAH QURBAN PADA TAHUN INI.
SEMOGA ALLAH SWT MENERIMA SEGALA AMAL SERTA PENGORBANAN ANDA SEMUA SEBAGAI SEBAIK-BAIK AMAL.

MyFundAction (PPM-006-14-07052014)
SH-1-25, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan